Tuesday, 5 December 2017

Refleksi diri (report SL)

Apa yang dapat saya simpulkan berdasarkan pemerhatian saya pada 25 November 2017, kesemua pelajar menjalankan tugasan dengan baik. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan pada hari kejadian, dan melakukan kerja tanpa berlengah. Mereka juga saling bantu membantu antara satu sama lain dalam melakukan setiap kerja, dan tidak membiarkan seorang ahli pun yang membuat kerja seorang diri. Setelah  tugas yang perlu mereka lakukan telah selesai, mereka tahu untuk membantu rakan yang lain yang masih mempunyai beban kerja yang banyak. 

Dari segi pengurusan majlis dan protokol, terdapat sedikit kekalutan berlaku apabila pihak kami tidak diberitahu dengan lebih awal mengenai kehadiran VIP, dan siapa yang akan merasmikan majlis. Dan selebihnya, majlis berjalan dengan lancar. Tiada masalah besar dari segi pengurusan semasa program 'Hands-On' dan demonstrasi. Semasa sesi 'Hands-On', berlaku sedikit kekecohan apabila terdapat beberapa kumpulan peserta yang tidak mendapat bahan-bahan basah seperti timun, tomato, dan bawang Holland dalam kuantiti yang cukup dan mereka terpaksa meminta dari porsi yang telah kami tetapkan untuk jamuan. Peranan pihak pengurusan pada masa ini adalah untuk mengawal dan menetapkan berapa banyak porsi yang patut diambil oleh setiap kumpulan. Selain itu, pihak kami juga tiada Unit Pendaftaran yang spesifik untuk menguruskan pendaftaran peserta, menjaga meja pendaftaran, dan menguruskan pemberian buku resipi dan apron semasa pendaftaran peserta pada pagi itu menyebabkan sedikit kekalutan berlaku apabila tiada siapa boleh menjaga meja pendaftaran. Walaupun program ini bukan program besar dan tidak memerlukan tenaga yang ramai, hal ini tidak boleh dipandang remeh. Justeru, pelantikan Unit Pendaftaran perlu dilakukan dengan lebih awal.

Dari segi teknikal, sedikit kekecohan berlaku apabila bekalan elektrik terputus dengan tiba-tiba menyebabkan kesemua peralatan elektrik tidak boleh digunakan, termasuk kipas-kipas yang terdapat di surau, semasa sesi 'Hands-On'. Hal ini mungkin disebabkan penggunaan elektrik yang terlalu banyak pada satu-satu masa. Hal ini tidak boleh dielakkan kerana penggunaan perkakas-perkakas elektrik ini sangat penting dalam penyediaan makanan, terutama untuk memenuhi jumlah penduduk KRT yang datang pada waktu itu, dan untuk mempercepatkan proses penyediaan makanan tanpa ramai penduduk perlu beratur untuk menggunakan perkakas-perkakas ini. Kedua, majoriti peserta menyatakan bahawa pihak kami tidak menyediakan alatan seperti pisau, papan pemotong, peeler, mangkuk menggaul, mangkuk kecil, dan sudu dalam kuantiti yang cukup. Menurut pemerhatian saya sendiri, peralatan-peralatan ini disediakan dengan kuantiti yang sederhana, dan mencukupi jika peserta-peserta boleh berkongsi menggunakan peralatan seperti pisau, dan papan pemotong secara bergilir-gilir ataupun dengan cara pembahagian tugas kepada setiap ahli kumpulan itu sendiri. 

Tambahan lagi, apa yang dapat saya lihat semasa sesi 'Hands-On' dan demonstrasi, ada sesetengah demonstrator yang agak gugup semasa menunjukkan cara memasak kepada para peserta, hal ini terjadi disebabkan dua faktor. Faktor pertama ialah faktor jurang usia yang agak jauh antara demonstrator yang terdiri daripada pelajar-pelajar universiti dan peserta-peserta daripada golongan ibu-ibu yang lebih berpengalaman dalam bidang masakan, dan faktor kedua adalah disebabkan demonstrator mengalami darah gemuruh ketika percakap dihadapan orang ramai. Dari sudut positif, dengan menjadi demonstrator sebegini sedikit sebanyak dapat melatih atau menggalakkan pelajar-pelajar menjadi lebih relaks, lebih terbuka, dan lebih mesra dalam menyampaikan sesuatu ilmu sama ada di dalam ataupun di luar kampus. Maklumbalas daripada pihak Taman juga menyatakan ramai pelajar yang tidak mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang masakan dan tentang bahan yang digunakan dalam masakan. Pada dasarnya, kami semua bukan berjurusan masakan ataupun kemahiran hidup. Kesemua kami berlatarbelakangkan bidang yang berbeza. Kebanyakan kami mengambil jurusan kejuruteraan, ada juga yang mengambil jurusan biologi, dan juga jurusan pengurusan.  dan kami hanya mendapat ilmu masakan sama ada yang sedia dapat dari rumah dan juga semasa pembelajaran di kelas amali dimana kami dikehendaki memasak. Tetapi, jika diberikan waktu yang mencukupi dan persiapan dilakukan lebih awal dan lebih rapi, kami boleh cuba mendalami ilmu masakan dan pengetahuan tentang bahan-bahan yang digunakan untuk masakan. 

Peranan saya sebagai Timbalan Pengarah juga memainkan peranan dalam menjayakan program ini. Saya perlu memastikan kesemua anak buah saya mengetahui tugas-tugas mereka dan melakukan tugas mereka dengan sebaiknya semasa hari kejadian dan memastikan tiada sesiapa yang mencuri tulang semasa hari kejadian. Saya juga perlu memastikan perjalanan program lancar dari awal, iaitu daripada awal pengurusan dan pembahagian ahli, memastikan barang-barang dan perkakas-perkakas yang perlu dibawa adalah cukup, mengetahui bahan-bahan yang perlu disediakan, hadiah yang perlu disediakan, sehinggalah selepas pemulangan barang-barang dan perkakas-perkakas yang dibawa dari UTM dipulangkan ke tempat asal, dan dalam kuantiti mencukupi. Tugas saya juga adalah untuk memangku tugas pengarah semasa ketiadaan pengarah. Tetapi disebabkan semasa program ini, pengarah-pengarah melakukan tugas mereka dengan mantap tidak banyak yang perlu saya lakukan sepanjang program. Disebabkan ketiadaan Unit Pendaftaran dan tiada yang mahu menjaga meja pendaftaran peserta semasa sesi pendaftaran pada waktu pagi (Hands-On) dan petang (demo), saya telah memangku tugas Unit Pendaftaran dengan dibantu oleh Sughashini. 

Sunday, 24 September 2017

et al

Postcript 1 : Before clicking any links in this blog, do use right-click. My blog isn't programmed to pop open new links in new tab. 

To use et al, which usually in scientific citations, you need to have multiple authors in a research to begin with. If there were only two authors, you state their last names and no need for et al's. Tak payah lah excited sangat nak guna et al tu kannn. 
Et al comes from some old Latin word which means 'and others'. So yeah, it is quite logic for using et al for more than two authors in a citation. Well, bayangkan lah, in a single research ada berapa ramai scientists (cuz seriously memang tak mungkin only one researcher je yang involved dalam one research), and every single time you mention their citation, you have to mention all their names. Penat kot. Dah lah ramai. So, nak memudahkan kerja, you just mention et al after the first author's last name. 
Example : Paul Gibson, Sandra Cooks, Dowell Harrington, Steve Sheridan, Samuel Templeton, Joshua Yang, Han Seoul-Oh (still couldn't get rid of the fact that Han's full name is Han Seoul-Oh, like, Han Solo. Geddit? It's a star wars thang. And them people in Fast & Furious NAILED it), William McMiller and Areefa Suleimen. These scientists were researching about new species of fungi that have photosynthetic properties in planet Mars. Damn thats a helluva lotsa name, right? So, we simplify it as, Paul Gibson et al. In other words, you were saying things like, Paul Gibson and others. Yup, pretty neat yeah? Yep, so it's done!

Postscript 2 : All names of scientists and that research are created fully by me. For example purpose only. No harm done. 

Now playing : What about us : P!nk

Friday, 22 September 2017

Santa Maria

Postcript 1 : Before clicking any links in this blog, do use right-click. My blog isn't programmed to pop open new links in new tab. 

Know her? Good. Then I know that you're not purely inaccessible to the outside world and that you're not too cooped out in your homes.
I decided to use this username temporarily - by temporarily I mean that I'll be using this username as long as I like it or until I found another brilliant username kind of manner. 
Btw people, don't you worry. I am still Islam, and Malaysian. I am not associating 'The Virgin Mary' or Christianity or whatever religious assumptions with that username. Faham tak? I mean, I am not using this name sebab nak mock Christians or me being murtad or apa-apa je lah terms yang korang boleh associate-kan dengan Christian, or Virgin Mary and stuffzz. Okay?

Okay, so today in this entry I will ramble along what's been on my mind and to lessen the imaginary sawang that had started to build-up in my blog. Heyy, my blog's clean laaaa actually. See? I put a lot of whites and pastels and monotones now kan? See? It's freakin' clean! And tak semak. And cuter. And simpler.

So, the other day, I decided to buy some kind of dress in this igshop. IDK why I buy it though. But now I felt really menyesal sebab habiskan duit kat baju tu je. Well, baju tu actually tak lah mahal mana tapi aku je yang tengah tak berapa nak banyak duit (------- student life) and aku nak beli squishyyyyyyyy. HAHAHA! Yup, squishy. 
I have been kinda berkenan at this one type of squishy. They're fuckin cute, okay. I can't stand it LOL. So, I am now tengah tunggu bulan depan when I got my monthly expense (talk about student yang menganggur and no side income cuz she's too lazy to do online biz cuz alasannya malas nak layan customer and kena commit kat phone je selalu sebab nak urus those things yang berkaitan online biz and I am just too busy with my clubs and associations and events that I have quite little time untuk hadap phone - except untuk bukak ig hahahah) tak pun tunggu je lah gaji bulan 8 + bulan 9 aku masa kerja 7e haritu. Well, they have this concept of bayar gaji of the quitted staffs, dua bulan lepas diorang berhenti. Apa-apa je lah. Yang aku tau, dalam bulan 10 or 11 ni aku nak dapat gaji aku. Aku kena OT banyak wooooo bulan 8 and 9 tuuuuu. 
Oh, so btw, there's a pic of the squishy yang aku tengah gila-gila kan tu.

Gambar curi kat Google ja mampu. Comel angat laaaaaaa sis kenod >.<

Takdelah aku nak 4 ekor tu. Aku nak beli sebijik je. Maybe pink or kuning tu kot. Comel laaaaaa omg aku nak beli gakkkkk. Tak kira lah harga dia mahal cam haram pon aku nak gakkkk. Serius dohh, mahal weh benda ni seketul ponn. Sebijik aku tengok kat igshop dalam RM78 camtu. Dari satu igshop ke igshop lain aku cari tapi semua basically harga dia macam ni je lah tak pun lagi mahal hahaha. 

So, if uguys tiba-tiba jumpa this iBloom Angel Bunny yang harga dia murah sikit, do tell me taww. Tapi pastikan yang ori yerr coz i ni species ganas sikit so tak nak lah nanti squishy ni cepat koyak or penyek-penyek pulak patung dia kan... Kita nak beli mainan pun kena pastikan kualiti bagus okehh so det dia tahan lama sampai generasi anak cucu so nanti boleh lah cerita kat anak cucu yang nenek kau dolu-dolu masa zaman muda mudi ada beli squishy comel harga 80 hengget hahaha.

Now playing : Too Much Too Ask - Niall Horan